United Mahafia Nasty Organization

Malaysian's Renowned Organized Crime

MAHAFIA

 Komplot Jenayah Terancang Malaysia

Untuk seseorang agen Mahafia mengetahui apakah aktiviti harian anda, dia tidak perlu bersusah payah mengintip anda dengan berpakaian seperti Mat Jibon atau Sherlock Holmes. Memadailah seseorang agen Mahafia itu menyamar sebagai seorang pekerja Alam Flora atau Town Board dan mengangkut sampah sarap dari rumah anda!

Setelah membawa sampah sarap itu ke Markas Mahafia, dia menyelongkar sampah sarap dari rumah anda itu dan dia mungkin menjumpai sesuatu yang dia ingin tahu! Beberapa bahan bercetak daripada internet ditemui… "Reformasi Bergema Lagi!, Mahathir Arah Bayaran Dibuat Kepada Ekran" dan satu cebisan salinan fotostat IC anda yang telah anda buang!

 Kami mempunyai seorang teman sepengajian yang pernah bersama kami di Kuala Lumpur. Kami tidak bertemu dengannya sebagai seorang eksekutif syarikat dengan bertali leher atau dengan lagak bergaya. Kami terserempak dengannya ketika dia sedang menyapu sampah di sebuah lorong di Bandaraya George Town, Penang! Seorang eksekutif syarikat multinasional sedang mengangkut sampah di sebuah lorong 300 km dari ibupejabatnya! Siapakah dia? Apakah misi yang dia bawa? Dia mungkin menjejaki anda… atau kami !

Sejarah Mahafia

Struktur Organisasi Mahafia

Mahafia dan Kes Anwar

Mahafia Di Negeri Sembilan

Ancaman Mahafia Di Gombak

Hakim bertemu Underboss Mahafia?

Briged Gerak Gempur Mahafia di Masjid

Mahafia and Secret Societies in Malaysia

Arkib Mahafia

HotBot
Search the Web:

MahaMaha

[ Mahazalim | MahaFiraun | Mahafia ]

Sejak Jumaat 4 Februari 2000

Terima Kasih Atas Keprihatinan Anda



© mahafia@asia.com 2000