SEJARAH MAHAFIA
MAHAFIA
adalah satu istilah bagi kumpulan MAFIA dalam konteks Malaysia kini. Asal perkataan MAHAFIA disadur daripada perkataan MAFIA yang amat popular dan digeruni di Itali. Kalau kumpulan Penjenayah Terancang (Organized Crime) Itali dipanggil Mafia, kumpulan Penjenayah Terancang Malaysia atau Mafia Malaysia dinamakan Mahafia. Mahafia di Malaysia ditubuhkan secara rasmi oleh Don Mahathir Mohammed Iskandar Kutty pada 15 Februari 1988 di Sri Perdana, Kuala Lumpur. Sejarah Mafia bermula di Sicily pada zaman pertengahan (medieval) bertujuan melindungi estet-estet ketika ketiadaan Tuan-tuan Tanah. Pada tahun 1800an kumpulan Mafia menjadi penjenayah dengan menggunakan kekerasan dan kekejaman di seluruh kepulauan Sicily.Di Itali, ahli-ahli Mafia mengangkat sumpah dengan kod etika Mafia yang amat ketat dinamakan omerta. Ia merupakan satu peraturan Mafia di mana jika anda ingkar, nyawa anda menjadi galang gantinya! Mafia Itali menjadi amat berpengaruh sehingga menjadi ahli politik dan mampu menguasai pasukan keselamatan negara khususnya pasukan polis. Anggota Mafia Itali dan Mahafia di Malaysia mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa dalam pemerintahan negara dan angkatan bersenjata. Anggota-anggota Mahafia mudah mendapatkan bekalan senjata dan sumber kewangan daripada tokoh-tokoh korporat negara.
Di Itali, kerajaan pimpinan Benito Mussolini berusaha mengawal kumpulan Mafia negara itu, malangnya kumpulan penjenayah itu semakin kuat pengaruhnya dan lebih terancang selepas Perang Dunia Kedua. Kegagalan diktator Itali itu menguasai Mafia Itali menyebabkan dia bersikap lebih keras ke atas anggota-anggota Mafia. Demi mempertahankan kesinambungan Mafia Itali, banyak pengikut-pengikut Mafia mula berpindah ke Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat mereka menjadi pelabur syarikat-syarikat besar di samping menjalankan aktiviti-aktiviti jenayah terancang.
Mahafia Malaysia mendapat ilham dan sokongan moral daripada kumpulan Zionis Israel yang menjadi penasihat berbagai strategi sama ada dalam pentadbiran, perniagaan dan politik. Pertubuhan Angkatan Sabilullah (PAS) yang pernah didakwa berselindung di sebalik politik PAS secara lebih militan sebenarnya adalah impak daripada satu kumpulan yang berselindung di sebalik United Malay National Organization (UMNO) iaitu United Mahafia Nasty Organization yang menjadi Biro Taktik Kotor UMNO. Kumpulan ini adalah pewaris kepada kumpulan Pemuda Tahan Lasak UMNO.
Salah satu etika pegangan Mahafia ialah "kawan hari ini boleh menjadi musuh di hari esok". Mahafia memberikan perlindungan dan sokongan dalam pelbagai cara kepada anggota-anggotanya selama mana anggota tersebut menunjukkan sikap setia dan tunduk patuh kepada arahan tertinggi Mahafia,
Anggota Mahafia yang belot atau dianggap pengancam akan menerima padah…
Webmaster Mahafia