LAPORAN

Gombak

PEJABAT KEADILAN BAHAGIAN GOMBAK DISERANG MAHAFIA !!

Pada jam 12.15 pagi, 16 Ogos 1999 (Isnin) sebelum Pilihanraya ke-10 sebuah land rover Black Maria dipercayai anggota kumpulan Mahafia pimpinan Don Mahathir menuju ke arah pejabat KeADILan Bahagian Gombak dan meletakkan kenderaan itu berhadapan pejabat berkenaan dan memasang lampu siren berwarna biru tanpa bunyi siren. Empat (4) orang anggota yang lengkap beruniform polis berada di dalam land rover tersebut. Dua (2) orang anggota turun dari land rover dengan memegang dan dilengkapi senjata api M-16 dan menuju ke arah tangga yang berada di depan pejabat. Mereka memanggil pengawal keselamatan yang berada disitu dengan panggilan "hoi" lalu ditegur oleh pengawal keselamatan supaya lebih bersopan kerana beliau ada nama untuk dipanggil.

Kedua-dua anggota 'polis' ini memerhati pejabat keADILan dari jarak kira-kira 5 meter dan salah seorang bertanya, "Ini pejabat KeADILan ke?", lalu dijawab oleh pengawal keselamatan , "Ya!". Anggota Mahafia yang bersenjata itu terus bertanya.

"Dia orang mana?" tengking anggota Mahafia itu dengan angkuhnya.

"Sudah balik" jawap pengawal Keselamatan itu. Setelah beberapa minit, kedua-dua anggota Mahafia itu memasuki semula land rover dan beredar dari pejabat tersebut.

Saudara Azmin Ali dan pucuk pimpinan KeADILan Bahagian Gombak telah bergegas ke pejabat itu jam 1.30 pagi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung peristiwa itu daripada pengawal keselamatan yang bertugas.

Anti Mahafia Gombak