LAPORAN

Seremban

Dalam pilihanraya ke-10 baru-baru ini, seorang wanita dan suaminya telah dibelasah oleh sekumpulan anggota Mahafia di Kampung Jiboi Baru, Seremban. Kejadian bermula apabila kumpulan Mahafia tersebut cuba memasang bendera UMNO di hadapan rumah wanita berkenaan yang merupakan penyokong PAS. Kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan tersebut, wanita itu keluar dan dan memberikan teguran kepada kumpulan Mahafia tersebut.

Malangnya, salah seorang anggota Mahafia itu telah menumbuk wanita berkenaan! Suami wanita itu yang cuba menolong juga menjadi mangsa keganasan kumpulan Mahafia ganas itu. Tidak cukup dengan keganasan yang mereka lakukan itu, Mahafia itu telah memanggil 20 lagi anggota Mahafia lain untuk membelasah wanita itu sekeluarga di rumahnya sendiri.

Sementara itu, seorang Ketua Pemuda Mahafia di Port Dickson telah bertindak membakar bendera dan membelasah petugas PAS dalam satu lagi kejadian pada tahun 1999 lalu.

 

Anti Mahafia Seremban